Sejarah Islam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Islam
bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul
yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.
Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya
Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di
Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan
terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti
kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk,
kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan
Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan
terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan
satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli
falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya
pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam
jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki
Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
[sunting] Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang
Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama
Kristian dan
Yahudi.
Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat
Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali
Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam
Tahun Gajah
iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571
Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya
Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya
Aminah binti Wahb
meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga
oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga
pula oleh pakciknya iaitu
Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan
Siti Khadijah
semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan
aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda
seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam
menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari
suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah
sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat
Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak
menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika
Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah
didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda
mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya
dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke
Madinah. Peristiwa ini dipanggil
Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w.
memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam
tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka
Kota
Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh
Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
[sunting] Perkembangan Islam
Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia.
Kerajaan Bani Ummaiyyah,
Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan
Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin.
[sunting] Khulafa al-Rasyidin
Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin
- 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
- 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
- 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
- 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
- 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
- 637M- Mesir ditawan.
- 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
- 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
- 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
- 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
- 646M- Kempen menentang Byzantine.
- 647M-
Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu
Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
- 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
- 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
- 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
- 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
- 661M-
Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai
Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
- 661M-
Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok
besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan
pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran
besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan
rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan
pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini
diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan
Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu
kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am
Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi
Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan
Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang
dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini
kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti
Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
[sunting] Kerajaan Bani Ummaiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah
[sunting] Kerajaan Bani Abbasiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah
[sunting] Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah